Bayaran Balik & Penguatkuasaan

Pinjaman Lepasan Sekolah

Apabila sesebuah Penyedia Latihan telah disabitkan kesalahan dan dikenakan tindakan penguatkuasaan, antara tindakan yang boleh dikenakan adalah mengenakan kompaun mengikut kategori kesalahan, penggantungan atau pembatalan pendaftaran sebagai Penyedia Latihan dan pendakwaan ke Mahkamah mengikut tahap kesalahan seperti yang termaktub di dalam Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 (Akta 640).
Mengikut Bahagian XI, Kesalahan dan Penalti, Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 (Akta 640) menyatakan bahawa setelah kesalahan yang dilakukan dapat dibuktikan, maka saman atau kompaunakan dikenakan ke atas Penyedia Latihan (PL), agensi atau individu berkenaan dan peminjam Pinjaman Latihan Kemahiran (PLK) PTPK mengikut seperti yang termaktub di dalam Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 (Akta 640).
Mengikut Seksyen 68, Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 (Akta 640) menyatakan bahawa pemeriksaan boleh dilakukan dari semasa ke semasa. Sehubungan dengan itu, adalah dipohon supaya anda memberi kerjasama sepenuhnya untuk memastikan proses siasatan berjalan dengan lancar.
1. Tindakan Notis Peringatan Tindakan Undang-Undang Akhir
2. Tindakan 'Letter of Demand' (LOD)
3. Tindakan Saman Mahkamah
4. Menyiarkan nama peminjam dan penjamin dalam akhbar
5. Menyenaraikan nama peminjam dan penjamin ke dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) Bank Negara Malaysia
Tuan/puan perlu membuat bayaran balik pinjaman seperti yang telah dipersetujui  di dalam Perjanjian yang tuan/puan tandatangani dan membuat aduan kepada PTPK berkenaan penutupan pusat bertauliah untuk tindakan lanjut pihak kami.

Pengeluaran SKM adalah di luar bidang kuasa PTPK dan tuan/puan perlu merujuk kepada:

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Aras 7 & 8, Blok D4, Parcel D,
62530 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Putrajaya
No. Tel. : 03-88865000.

Tuan/puan perlu membuat bayaran balik pinjaman kerana tuan/puan dan penjamin-penjamin telah menandatangani Perjanjian Pinjaman Latihan Kemahiran dan pinjaman telah dikeluarkan.

Perubahan pada caj pentadbiran 4% setahun kepada 3% setahun yang telah berkuatkuasa bagi pinjaman yang diluluskan selepas Januari 2004 menyebabkan bayaran balik ansuran bulanan berubah seperti berikut:


JUMLAH PINJAMAN (RM)

ANSURAN BULANAN SEBELUM JAN 2004 (RM)CAJ PENTADBIRAN 4%

ANSURAN BULANAN SELEPAS JAN 2004 (RM)CAJ PENTADBIRAN 3%

TEMPOH (BULAN)

1,000

85.15

84.69

12

2,500

87.71

86.6

30

3,000

88.57

87.24

36

5,000

92.08

89.84

60

10,000

101.24

96.56

120

15,000

110.95

144.54

120

20,000

147.94

193.12

120

Jika tuan/puan membuat pembatalan baki pinjaman, bayaran balik pinjaman tuan/puan akan dijadualkan semula mengikut jumlah pinjaman yang dibayar sahaja dan tarikh bayaran balik pinjaman bermula enam (6) bulan selepas bayaran terakhir dikreditkan ke dalam akaun pinjaman tuan/puan.

Pihak waris/penjamin perlu kemukakan Borang Pemakluman Kematian/ Keilatan/ Sakit Mental yang boleh dimuat turun di laman web PTPK beserta dokumen-dokumen yang diperlukan.

Sekiranya peminjam mempunyai baki pinjaman, waris/penjamin adalah bertanggungjawab menjelaskan jumlah baki pinjaman tersebut.

Tuan / Puan tidak boleh menangguhkan bayaran balik akaun kedua untuk menyelesaikan akaun pertama. Bayaran perlu dibuat mengikut jadual bayaran balik yang telah disediakan bagi kedua-dua akaun tersebut.
Dukacita dimaklumkan bahawa PTPK tidak meluluskan permohonan tuan/puan untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman bagi alasan tidak bekerja. Tuan/puan dinasihatkan supaya membayar secepat mungkin untuk mengelakkan dari dikenakan tindakan undang-undang ke atas peminjam dan penjamin-penjamin sekiranya bayaran pinjaman tidak dijelaskan.Tuan/puan dinasihatkan meminta bantuan ibu bapa/ penjamin untuk menyelesaikan pinjaman. Tuan/puan juga boleh mengemukakan permohonan penjodohan pekerjaan daripada PTPK.

PTPK boleh menimbangkan bayaran tunggakan secara ansuran sekurang-kurangnya RM500.00 atau bayaran 6 bulan ansuran pada bulan pertama dan bayaran minimum mengikut jadual pada bulan berikutnya.

Tuan/Puan adalah diminta untuk mengemukakan Borang Permohonan Rayuan bayaran ansuran kepada PTPK untuk pertimbangan. Borang permohonan Rayuan boleh dimuat turun di laman web PTPK.  Walau bagaimanapun, kelulusan PTPK tertakluk kepada tempoh tamat bayaran balik pinjaman.

Resit akan dikeluarkan secara rasmi oleh PTPK kepada peminjam yang membayar balik pinjaman melalui kanter di pejabat PTPK, pembukaan kaunter PTPK di luar premis dan Pos (kiriman wang/ wang pos/ bank draf/ ‘Banker’s Cheque’)

PTPK tidak akan mengeluarkan resit bagi pembayran melalui kaunter BSN, Pos Malaysia Berhad dan perbankan Internet. Salinan resit pembayaran (BSN, Pos Malaysia Berhad) atau resit cetakan berkomputer perbankan internet adalah resit asal bayaran.

Peminjam boleh memohon pengesahan bayaran dengan cara memohon penyata pinjaman daripada PTPK.

Untuk semakan lejer online, Peminjam boleh membuat semakan penyata baki secara online dengan melayari laman sesawang PTPK dengan klik pada link ini semakan lejar online < http://apps1.ptpk.gov.my/penyataonline/login.php> atau http://www.ptpk.gov.my/ klik < e-services> masuk nombor Kad pengenalan sebagai ID pengguna tanpa space > kata laluan (nombor akaun pinjaman tuan/puan contohnya : 04/05326) > masuk.

Permohonan bayaran balik melalui potongan gaji boleh dibuat oleh peminjam dengan cara mengemukakan Borang Permohonan Potongan Gaji kepada PTPK. Borang Permohonan Potongan Gaji boleh dimuat turun di laman web PTPK.

Borang yang lengkap diisi berserta dengan KELULUSAN MAJIKAN perlu dihantar ke alamat berikut:

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 15-19 dan 27, Menara Dato’ Onn,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
No. 45 Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
(u/p: Bahagian Bayaran Balik & Penguatkuasaan)

Permohonan akan diproses dan dipanjangkan kepada pihak majikan untuk tindakan potongan gaji. Pemantauan setiap bulan akan dilakukan dan kegagalan potongan gaji dilakukan selama tiga (3) bulan berturutan akan membatalkan permohonan potongan gaji.
Boleh. Permohonan bayaran balik melalui potongan gaji boleh dibuat oleh peminjam dengan cara mengemukakan Borang Permohonan Potongan Gaji kepada PTPK. Borang Permohonan Potongan Gaji boleh dimuat turun di laman web PTPK.

Borang yang lengkap diisi berserta dengan KELULUSAN MAJIKAN perlu dihantar ke alamat berikut:

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 15-19 dan 27, Menara Dato’ Onn,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
No. 45 Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
(u/p: Bahagian Bayaran Balik & Penguatkuasaan)

Permohonan akan diproses dan dipanjangkan kepada pihak majikan untuk tindakan potongan gaji. Pemantauan setiap bulan akan dilakukan dan kegagalan potongan gaji dilakukan selama tiga (3) bulan berturutan akan membatalkan permohonan potongan gaji.
Permohonan bayaran balik melalui potongan gaji boleh dibuat oleh peminjam dengan cara mengemukakan Borang Permohonan Potongan Gaji kepada PTPK. Borang Permohonan Potongan Gaji boleh dimuat turun di laman web PTPK.

Borang yang lengkap diisi berserta dengan KELULUSAN MAJIKAN perlu dihantar ke alamat berikut:

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 15-19 dan 27, Menara Dato’ Onn,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
No. 45 Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur

(u/p: Bahagian Bayaran Balik & Penguatkuasaan)

Permohonan akan diproses dan dipanjangkan kepada pihak majikan untuk tindakan potongan gaji. Pemantauan setiap bulan akan dilakukan dan kegagalan potongan gaji dilakukan selama tiga (3) bulan berturutan akan membatalkan permohonan potongan gaji.
Kaedah bayaran balik pinjaman latihan kemahiran adalah seperti berikut:-

SALURAN AGENSI / EJEN CAJ PERKHIDMATAN KAEDAH BAYARAN
KAUNTER Ibu Pejabat PTPK TIADA Tunai / Cek/ Bank Draf/ Kiriman Wang/ Kad debit
Pejabat Wilayah / UTC (Sarawak, Pahang, Sabah, Kedah, Johor, Melaka & Perak) TIADA Tunai / Cek/ Bank Draf/Kad debit
Bank Simpanan Nasional (BSN) RM1.00 Tunai
Pos Malaysia Berhad RM1.70 Tunai
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (BKRM) RM0.50 Tunai
PERBANKAN INTERNET (ONLINE) CIMB Bank Berhad (CIMB Clicks) RM0.50  
Maybank Berhad (Maybank2U) RM0.50
Pos Malaysia Berhad (Pos Online) RM1.70
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (iRakyat) RM0.50
Bank Islam Malaysia Berhad (bankislam.biz) RM0.50
Bank Simpanan Nasional (MyBSN) RM0.50
JomPAY - Biller Code 58966 TIADA
AUTOMATIC TELLLER MACHINE (ATM) Bank Islam (Pemegang Akaun Sahaja) TIADA

MAKLUMAN (Bagi Pembayaran melalui Pos/ Mel)

Bayaran melalui KIRIMAN WANG / DRAF BANK/ BANKER'S CHEQUE' dibayar atas Nama "Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran" dan hantarkan ke alamat berikut:


Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 15-19 dan 27, Menara Dato' Onn,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
No. 45 Jalan Tun Ismail
50480 KUALA LUMPUR
(u.p: Unit Terimaan)

Penting:
Sila catatkan nama peminjam, nombor kad pengenalan peminjam, nombor rujukan pinjaman dan nombor telefon peminjam yang boleh dihubungi di belakang KIRIMAN WANG/ WANG POS/ DRAF BANK/ BANKER'S CHEQUE'.MAKLUMAN (Bagi Pembayaran melalui Pos/ Mel)

Bayaran melalui KIRIMAN WANG/ WANG POS/ DRAF BANK/ BANKER'S CHEQUE' dibayar atas Nama "Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran" dan hantarkan ke alamat berikut:


Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 15-19 dan 27, Menara Dato' Onn,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
No. 45 Jalan Tun Ismail
50480 KUALA LUMPUR
(u.p: Unit Terimaan)

Penting:
Sila catatkan nama peminjam, nombor kad pengenalan peminjam, nombor rujukan pinjaman dan nombor telefon peminjam yang boleh dihubungi di belakang KIRIMAN WANG/ DRAF BANK/ BANKER'S CHEQUE'.

Pinjaman Pekerja

Ansuran bulanan bayaran balik pinjaman di antara RM167.15 hingga RM410.25 tertakluk kepada jumlah pinjaman yang diluluskan.
Tempoh bayaran balik pinjaman di antara satu (1) hingga lima (5) tahun.
Fi pentadbiran sebanyak 1% setahun dikenakan berasaskan baki berkurangan bagi peminjam yang memohon dibawah Program PLK Kepada Golongan Pekerja.
Bayaran balik pinjaman akan bermula pada bulan berikutnya selepas peminjam menamatkan  latihan kemahiran.

Tawaran Diskaun 10%

Tidak layak kerana pemberian diskaun 10% ini bermula pada Mac 2013 dan tidak cukup dua belas (12) bulan berturut- turut.
Layak, sekiranya amaun bayaran balik daripada KWSP sama atau melebihi ansuran bayaran balik bagi tempoh dua belas (12) bulan. Kelayakan diskaun juga tertakluk kepada pinjaman yang masih dalam tempoh bayaran balik pinjaman.
Tidak Layak. Bayaran balik mesti dilakukan mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan. Pemberian diskaun 10%hanya diberikan untuk ansuran berturut-turut selama dua belas (12) bulan atau dua belas (12) bulan ke hadapan mengikut jadual bayaran balik yang telah ditetapkan.
Layak bagi kedua-dua pinjaman jika bayaran dibuat berdasarkan jadual bayaran balik yang telah ditetapkan.
Pemberian diskaun 10% dikira daripada jumlah bayaran ansuran bulanan mengikut jadual bayaran balik atau lebih dalam tempoh dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.
Ya, tertakluk kepada ansuran bayaran balik mengikut jadual bayaran balik selama dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.
Tidak perlu kerana pemberian diskaun 10% akan dikira selepas dua belas (12) kali bayaran balik ansuran mengikut jadual bayaran balik dilakukan secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.
Tidak layak, kerana pemberian diskaun ini diberikan mulai 1 Mac 2013 dan ke hadapan.
Pemberian  diskaun  10%  akan  diberikan  tanpa  had  (masih  dalam  jadual  bayaran  balik  sebenar),  tertakluk  kepada peminjam membuat bayaran balik untuk setiap tempoh dua belas (12) bulan secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.
Layak sekiranya ansuran bayaran balik berasaskan jadual bayaran balik selepas penghakiman dan peminjam juga digalakkan untuk membuat penjadualan semula bayaran balik pinjaman.
Pemberian diskaun 10% akan diberikan selepas peminjam menyelesaikan tempoh bayaran balik dua belas (12) bulan secara berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan.
Pemberian diskaun 10% diberikan dalam bentuk pelarasan akaun.
Layak, sekiranya potongan gaji dibuat berdasarkan ansuran jadual bayaran balik yang ditetapkan. Diskaun hanya diberi bagi amaun potongan gaji bermula 1 Mac 2013.
Tidak layak. Pemberian diskaun 10% hanya diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran ansuran berdasarkan kepada jadual bayaran balik yang ditetapkan.

Peminjam layak diberikan diskaun 10% mulai pembayaran 1 Mac 2013. Bayaran balik yang dibuat sebelum 1 Mac 2013 tidak diambil kira bagi pemberian diskaun ini. Pemberian diskaun 10% adalah berdasarkan kepada jumlah bayaran balik yang dibuat dalam tempoh dua belas (12) bulan.

Contoh pengiraan :

Jumlah bayaran balik mengikut Jadual bayaran balik (12 bulan) : RM2,100

Jumlah bayaran balik yang diterima (12 bulan) : RM3,000

Pemberian diskaun yang diberikan : RM 300 (10% x RM3,000)

Peminjam layak diberikan diskaun 10% ini mulai pembayaran Mac 2013. Bayaran balik yang dibuat sebelum 1 Mac 2013 tidak diambilkira bagi pemberian diskaun ini. Pengiraan dua belas (12) bulan adalah mulai 1 Mac 2013.
Peminjam yang membuat ansuran bayaran balik pinjaman mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan selama dua belas (12) bulan berturut-turut atau dua belas (12) bulan ke hadapan mulai 1 Mac 2013.