Kadar Yuran

PL boleh mengemukakan kertas cadangan untuk program baru yang belum dibiaya kepada PTPK & JPK beserta perincian kadar yuran untuk program tersebut samada melalui emel/ faks kepada PTPK & JPK untuk dikaji. Keputusan perbincangan tersebut akan dikemukakan ke PTPK & JPK untuk dikaji semula berdasarkan kepada dasar pembiayaan dan keperluan pasaran/ industri semasa.
PL boleh mengemukakan kertas cadangan untuk kenaikan kadar yuran beserta perincian kadar yuran untuk program tersebut samada melalui emel/ faks kepada PTPK & JPKdengan menggunakan format yang telah ditetapkan. Permohonan tersebut akan disemak dan dikaji diperingkat Jawatan Kuasa di PTPK & JPK berdasarkan kepada dasar pembiayaan dan keperluan pasaran/ industri semasa. Keputusan perbincangan tersebut akan dimaklumkan dan dikemaskini di Laman sesawang PTPK untuk rujukan.
Sekiranya PL ingin menggunakan kadar yuran terkini, PL perlu mengemukakan permohonan pengemaskinian kadar yuran mengikut siling PTPK.
Penyedia Latihan / Peminjam boleh membuat semakan direktori penyedia latihan di laman sesawang PTPK iaitu www.ptpk.gov.my. Paparan adalah melibatkan Program yang dibiayai dan didaftarkan oleh PTPK SAHAJA;