Permohonan Pinjaman

1. Borang dan dokumen sokongan yang perlu dikemukakan tidak lengkap.
2. Pemohon / PL tidak memasukkan (key-in) butiran pelajar dan pinjaman dengan lengkap di dalam sistem Perbadanan ini.
3. Borang dan Surat Perjanjian Pinjaman tidak lengkap diisi.
4. Tidak membuka akaun Bank RHB / Penyata dan Surat Indemniti tidak disahkan oleh pihak Bank RHB.
5. Pentauliahan / pengiktirafan program telah tamat.
6. Pengesahan dokumen oleh mana-mana individu yang tidak layak.
Permohonan PLK Kepada Golongan Pekerja ini boleh dikemukakan sepanjang tahun Secara atas talian;

Dokumen-dokumen yang diperlukan bagi memohon pinjaman ini perlu dikemukakan bersekali dengan dokumen-dokumen sokongan yang lain. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

1. Dokumen-dokumen sokongan untuk Permohonan
  a. Borang Permohonan Pinjaman Latihan Kemahiran Kepada Golongan Pekerja.
  b. Satu (1) salinan Kad Pengenalan pemohon yang telah disahkan.(muka hadapan dan muka belakang kad pengenalan bersaiz 25% lebih besar daripada saiz asal dalam satu muka kertas A4)
  c. Surat Tawaran Pinjaman Latihan Kemahiran Kepada Golongan Pekerja, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran yang dicetak keluar daripada Sistem Pengurusan Pinjaman (SPPiv), PTPK.
  d. Surat Tawaran Latihan daripada PL kepada pelajar berserta struktur yuran latihan mengikut tahap yang telah ditandatangani oleh pelajar.
  e. Satu (1) salinan Pendaftaran Calon SKM / DKM / DLKM (JPK/T/1002) dan Resit Rasmi Bayaran Pendaftaran bagi program Persijilan Kemahiran Malaysia (PKM).
  f. Takwim dan jadual latihan kemahiran pemohon.
     
2. Dokumen-dokumen sokongan untuk Perjanjian
  a. Satu(1) salinan Kad Pengenalan Penjamin yang telah disahkan.(muka hadapan dan muka belakang kad pengenalan bersaiz 25% lebih besar daripada saiz asal dalam satu muka kertas A4)
  b. Satu(1) salinan Penyata Akaun RHB pelajar yang baru / aktif.
  c. Satu(1) salinan Borang Persetujuan Pelajar Mencarum Insurans Takaful Ikhlas.
  d. Satu (1) salinan Borang RHB "Indemnity Letter" pelajar yang telah didaftarkan oleh pihak Bank RHB
  f. Dokumen tambahan berikut diperlukan bagi kategori Pemohon berikut :
      Pekerja yang sedang bekerja
      i. Pengesahan daripada majikan bahawa pelajar telah bekerja dalam pekerjaan sekarang melebihi satu (1) tahun.
      ii. Salinan Surat Kebenaran menjalani latihan kemahiran daripada majikan.
      iii. Salinan Slip Gaji Bulan Terkini, Penyata KWSP dan Penyata Caruman PERKESO.
      Pekerja yang diberhentikan
      i. Salinan Surat Pemberhentian Pekerjaan daripada majikan terdahulu dengan sokongan penyata KWSP atau penyata caruman PERKESO atau Borang EA (Penyata Pendapatan) terkini.
      ii. Satu (1) salinan Akuan Bersumpah Pendapatan (jika mempunyai pendapatan bulanan).
      iii. Satu (1) Salinan Surat Penempatan Pekerjaan Di Industri Kepada Pelajar oleh Penyedia Latihan.
      Pekerja yang bekerja sendiri
      i. Satu (1) Salinan Penyata Pendapatan (LHDN) yang telah disahkan / Borang Akta Akuan Berkanun 1960 (Semakan -1969) yang telah disahkan.
      ii. Satu (1) salinan Surat Pendaftaran Perniagaan Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
      iii. Surat Penerimaan Tawaran Pinjaman yang telah ditandatangani oleh Pelajar.
      iv. Satu (1) salinan Bil Utiliti (bil air atau elektrik) yang terkini bagi pengesahan alamat tetap Pelajar.
      v. Satu (1) salinan Borang Nama dan Alamat Pemohon / Penjamin Serta Hubungan Penjamin Dengan Pelajar.
      vi. Satu (1) salinan gaji terkini Penjamin / Akuan Pendapatan / Borang Akta Akuan Berkanun 1960 (Semakan-1969) Penjamin (jika tiada slip gaji).
      vii. Satu (1) salinan Borang Pengakuan Kedudukan Kewangan Penjamin
      viii. Satu (1) salinan Surat Kebenaran 1 iaitu Memberi Kebenaran / Keizinan Kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
      ix. Bagi peminjam, penjamin dan saksi yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) dan tidak mempunyai tangan dan kaki hendaklah mengemukakan dokumen berikut:
        - Borang Pengesahan Dan Penyaksian Ke Atas Permohonan Orang Kurang Upaya (OKU) Yang Tidak Mempunyai Kaki Dan Tangan Di Bawah Pinjaman Latihan Kemahiran (PLK) Bagi Golongan Pekerja - PTPK/PP-OKU/1 - Ogos 2011; atau
        - Lawatan Pengesahan Pegawai Ke Atas Permohonan Orang Kurang Upaya (OKU) Yang Tidak Mempunyai Tangan Dan Kaki Untuk Menandatangani Dokumen Pinjaman Latihan Kemahiran (PLK) - PTPK/PP-OKU/2 - Ogos 2011.
        - Tiga (3) Salinan Surat Perjanjian PLK Kepada Golongan Pekerja yang telah lengkap diisi dan diremitkan setem.<
3
    Dokumen-dokumen sokongan untuk Arahan Bayaran
    Borang Pengesahan Bayaran yang telah ditandatangani oleh pelajar dan PL
Permohonan pinjaman hendaklah dikemukakan melalui PL tempat di mana pemohon mengikuti latihan dan berdaftar dengan PTPK untuk menjalankan latihan kemahiran di bawah Program PLK Kepada Golongan Pekerja dan Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian sahaja;
Borang permohonan boleh diperolehi melalui laman sesawang PTPK melalui akses Penyedia Latihan yang berdaftar;
Proses kerja permohonan dan bayaran PLK . Rujuk Carta Aliran Proses Permohonan Dan Bayaran PLK Kepada Golongan Pekerja seperti berikut untuk mengetahui.
Tidak. Program Pinjaman Latihan Kemahiran (PLK) Kepada Golongan Pekerja ini akan menggunakan Bank RHB. Oleh yang demikian, peminjam perlu membuka akaun Bank RHB untuk memudahkan urusan pembayaran pinjaman.
Kadar pinjaman di antara RM 750 hingga RM 24,000 bergantung kepada program dan tahap latihan yang merangkumi yuran latihan dan bayaran premium untuk perlindungan insurans.
1. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia.
2. Pemohon hendaklah berumur 18 hingga 45 tahun pada tarikh permohonan dibuat.
3. Bagi pemohon yang sedang bekerja, hendaklah telah bekerja dalam pekerjaan sekarang sekurang-kurangnya satu (1) tahun dan perlu mengemukakan surat persetujuan daripada majikan untuk mengikuti latihan kemahiran; atau
4. Bagi pemohon yang telah diberhentikan kerja, hendaklah mengemukakan satu (1) salinan surat pemberhentian kerja daripada majikan terdahulu; atau
5. Bagi pemohon yang bekerja sendiri, perlu menghantar salinan surat pendaftaran perniagaan syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Penyata Pendapatan (LHDN) / Borang Akta Akuan Berkanun 1960 (Semakan -1969) yang telah disahkan.
6. Pemohon sedang belajar di Penyedia Latihan (PL) yang berdaftar dengan PTPK dengan mengikuti kursus PKM di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) atau persijilan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau sijil profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa atau persijilan yang diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
7. Pemohon bukan seorang yang diisytiharkan muflis.
8. Keutamaan kepada pemohon yang bukan dari golongan pekerja di peringkat Pengurusan atau kumpulan Profesional.
9. Pemohon tidak mendapat mana-mana pembiayaan atau tajaan daripada agensi Kerajaan atau institusi kewangan yang lain dalam tempoh latihan yang diikuti.
10. Pemohon bukan terdiri daripada pelajar sekolah atau penuntut yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana institusi pengajian.
11. Permohonan hendaklah dikemukakan melalui PL yang berdaftar dengan PTPK.
12. Bidang / Kursus Kemahiran yang diikuti oleh pemohon hendaklah diluluskan oleh PTPK.
13. Penyelesaian tunggakan bagi pemohon yang mempunyai tunggakan pinjaman PTPK sebelum ini (jika ada) sebelum pinjaman ini diluluskan.
14. Bayaran balik pinjaman akan bermula pada bulan berikutnya selepas pemohon / peminjam menamatkan latihan kemahiran.
15. Syarat-syarat adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Program ini dibuka kepada pekerja di Sektor Awam dan Swasta. Kategori pekerja yang boleh memohon program ini seperti yang berikut:

  a. Pekerja yang sedang bekerja;
  b. Pekerja yang telah diberhentikan (retrenched) atau yang berhenti sendiri di bawah Voluntary Separation Scheme (VSS) disebabkan pengecilan atau penutupan industri akibat dari kegawatan ekonomi atau kerana kontrak pekerja tamat; atau
  c. Pekerja yang bekerja sendiri (self-employed) yang ingin mendapatkan latihan kemahiran bag
  Boleh. Kaedah latihan kemahiran bagi kedua-dua program PKM dan Bukan PKM adalah seperti yang berikut:
  a. PKM - sepenuh masa, separuh masa dan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).
  b. Bukan PKM - sepenuh masa dan separuh masa
Program latihan kemahiran yang akan dibiayai adalah program Persijilan Kemahiran Malaysia (PKM) dan Bukan PKM.
1. Menjalani latihan semula (Reskilling)
2. Menjalani latihan kemahiran baru untuk menyokong kemahiran sedia ada (Multiskilling)
3. Menjalani latihan kemahiran untuk peningkatan tahap (Upskilling)
4. Menjalani latihan kemahiran bagi mendapatkan persijilan dari pengetahuan dan pengalaman kerja.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kelayakan dan kemahiran pekerja bagi membolehkan pekerja yang telah menamatkan latihan kemahiran dalam program ini menjawat jawatan yang lebih tinggi dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan pelajar tersebut.