Pegawai-pegawai berikut adalah pegawai yang layak menjadi saksi dan boleh mengesahkan dokumen-dokumen sokongan bagi peminjam.
|
1. |
Semua saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia; dan |
2. |
Hendaklah benar-benar menyaksikan tandatangan peminjam dan penjamin; dan |
3. |
Hendaklah terdiri daripada semua pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan dan Professional (dahulunya dikenali sebagai Kumpulan A) di Kementerian / Jabatan Persekutuan dan Negeri / Pejabat Daerah / IPTA / Sekolah dan lain-lain; atau |
4. |
Pegawai Polis dan Tentera dari Gred jawatan Y 16 dan ke atas (bermula pangkat Penolong Penguasa Polis) dan Z 19 dan ke atas (bermula pangkat Kapten) atau yang setara dengan gred jawatan ini di dalam lain-lain pasukan beruniform; atau |
5. |
Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) / Senator atau Jaksa Pendamai; atau |
6. |
Penggawa / Penghulu / Ketua Masyarakat / Sidang / Pegawai Pembangunan Mukim / Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung; atau |
7. |
Bagi negeri Sabah - Ketua Kaum, Ketua Anak Negeri, Pegawai Taman Sabah; atau |
8. |
Bagi negeri Sarawak - Temenggong, Pemanca, Penghulu, Ketua Kaum, Kapitan & Ketua Rumah Panjang; atau |
9. |
Majikan atau mana-mana orang atau pegawai yang diluluskan oleh PTPK. |