Peminjam layak diberikan diskaun 10% mulai pembayaran 1 Mac 2013. Bayaran balik yang dibuat sebelum 1 Mac 2013 tidak diambil kira bagi pemberian diskaun ini. Pemberian diskaun 10% adalah berdasarkan kepada jumlah bayaran balik yang dibuat dalam tempoh dua belas (12) bulan.
Contoh pengiraan :
Jumlah bayaran balik mengikut Jadual bayaran balik (12 bulan) : RM2,100
Jumlah bayaran balik yang diterima (12 bulan) : RM3,000
Pemberian diskaun yang diberikan : RM 300 (10% x RM3,000)