PROGRAM PEMBIAYAAN DANA WIBAWA
PENGENALAN & OBJEKTIF
Dana ini disediakan bagi membantu pelatih mengurangkan jurang kemahiran yang diperlukan oleh Industri;
Dana ini disediakan bagi membantu pelatih mengurangkan jurang kemahiran yang diperlukan oleh Industri;
Keutamaan peruntukan ini diberi kepada :
- Pelatih yang berdaftar di PLA;
- Mengikuti program latihan kemahiran yang diluluskan oleh Penyedia Latihan Awam (PLA) yang berdaftar dengan PTPK; dan
- Menjalankan program yang memenuhi kehendak industri dan menjanjikan pekerjaan dan gaji yang setimpal mengikut kelayakan kemahiran yang diikuti pelatih.
SYARAT – SYARAT PEMOHON DANA WIBAWA
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 hingga 35 tahun pada tahun kelulusan pinjaman
- Sihat tubuh badan atau berkategori Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKKM) yang bersesuaian dengan latihan kemahiran yang diikuti.
- Tidak mendapat mana-mana pembiayaan atau tajaan bagi kursus kemahiran yang diluluskan oleh agensi Kerajaan atau institusi kewangan yang lain dalam tempoh latihan yang diikuti.
- Bukan terdiri daripada pelajar sekolah atau penuntut yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana institusi pengajian.
- Pelatih yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman latihan kemahiran yang terdahulu dengan PTPK perlu menjelaskan tunggakan tersebut sebelum permohonan pembiayaan diproses.
*Syarat-syarat adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
TATACARA PERMOHONAN PEMBIAYAAN
a) Permohonan Pembiayaan hendaklah dibuat oleh Penyedia Latihan (PLA) secara atas talian di laman web PTPK (http://www.ptpk.gov.my) melalui portal Penyedia Latihan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh pelatih memulakan latihan dan tarikh latihan yang didaftarkan di JPK.
b) Setelah permohonan secara atas talian diluluskan oleh PTPK, Penyedia Latihan perlu memuat turun dan mencetak borang permohonan pelatih daripada portal penyedia latihan.
c) Borang permohonan yang telah diisi dan dilengkapkan perlu ditandatangani oleh pelatih dan Pengurus Penyedia Latihan.
d) Setelah permohonan diluluskan oleh PTPK, PLA perlu mengisi borang permohonan pelatih dan mengemukakan dokumen sokongan berikut kepada PTPK;
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Sijil Kelahiran
- Salinan surat tawaran mengikuti latihan daripada PLA
- Salinan sijil tamat sekolah/ salinan sijil akademik tertinggi
- Salinan pendaftaran Calon SKM (JPK/T/1002) dan resit pembayaran
- Surat Setuju Terima daripada PTPK
- Salinan akaun Simpanan Bank
- Borang nama dan alamat pelatih dan penjamin
e) Pelatih perlu mengemukakan seorang penjamin semasa permohonan pembiayaan masih berjalan.
*Sumber : Garis Panduan Pelaksanaan Program Pembiayaan Dana Wibawa