Program Pembiayaan Kompetitif (CF) Dan Geran Padanan

PROGRAM PEMBIAYAAN DANA WIBAWA

PENGENALAN & OBJEKTIF

Program Pembiayaan Kompetitif (Contestable Funding Programme) dilaksanakan bertujuan untuk mengalakkan ILKA dan PPKN bersaing dalam menawarkan program latihan kemahiran yang kompetitif pada kos yang berpatutan dengan jaminan pekerjaan kepada para pelatih.

Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menghasilkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, pelaksanaan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah berasaskan keperluan permintaan industri akan dapat membantu Malaysia menuju ke arah negara berpendapatan tinggi. Program Pembiayaan Kompetitif dan Geran Padanan merupakan salah satu program bagi menyokong agenda TVET sebagai pemacu perubahan

 

KUMPULAN SASARAN

Pelajar lepasan sekolah, sijil kemahiran, diploma dan ijazah yang belum mendapat pekerjaan.

 

SYARAT – SYARAT PEMOHON

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur di antara 18 hingga 35 tahun;
  3. Pelajar lepasan sekolah, Sijil Kemahiran Malaysia, diploma atau lepasan ijazah yang belum mendapat pekerjaan;
  4. Mempunyai tahap kesihatan yang membenarkan mereka mengikuti sehingga tamat kursus latihan yang disediakan;
  5. Keutamaan kepada pelatih/ peserta yang belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana institusi latihan;
  6. Pelatih/ peserta yang telah tamat Tahap 1 dan berpotensi untuk meneruskan pengajian ke Tahap 2 di tempat latihan yang sama atau lain-lain tempat latihan (pelatih perlu mengisi borang pengesahan sama ada pernah penerimaan pembiayaan atau tidak di bawah PTPK);
  7. Mengikuti latihan secara sepenuh masa;
  8. Pelatih tidak pernah menerima pembiayaan/bantuan kewangan dalam bentuk geran daripada PTPK atau daripada mana-mana institusi kewangan lain semasa mengikuti latihan.
  9. Pelatih bukanlah daripada pelajar lepasan sekolah atau pelajar universiti yang masih menuntut atau sedang mengikuti latihan industri semasa permohonan dibuat;
  10. Bagi kes-kes tertentu yang memerlukan pengecualian daripada syarat-syarat di atas hendaklah dirujuk dan mendapat kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

 

*SUMBER :

Garis Panduan Pelaksanaan Skim Pembiayaan Kompetitif Dan Geran Padanan Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKE-11)

Buku Panduan Program Pembiayaan Kompetitif (Contestable Funding Programme))Bil. 1/2017

Dikemaskini pada Isnin, 17 Ogos 2020 10:56