PENGENALAN
Skim Pinjaman Lepasan Sekolah
Pinjaman Latihan Kemahiran kepada lepasan sekolah adalah merupakan program yang dibiayai oleh PTPK sejak awal penubuhannya. Ianya dibuka kepada pelatih yang mengikuti program latihan kemahiran yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Latihan ini dibuka kepada pelatih yang mmengikuti program latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).
Syarat-Syarat Pemohon
- Warganegara Malaysia
- Berumur 15 hingga 45 tahun pada tahun permohonan
- Bukan seorang yang diisytiharkan muflis dan tidak disenarai hitam oleh mana-mana institusi kewangan
- Sihat tubuh badan
- Pemohon dalam kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mampu menjalankan latihan kemahiran mengikut kemahiran yang bersesuaian dan mampu bekerja selepas tamat latihan (mampu membayar balik pinjaman)
- Tidak mendapat mana-mana pembiayaan atau tajaan daripada agensi Kerajaan atau institusi kewangan yang lain dalam tempoh latihan yang diikuti
- Bukan terdiri daripada pelajar sekolah atau penuntut yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana institusi pengajian
*Syarat-syarat adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa
Syarat-Syarat Permohonan
- Mengemukakan seorang penjamin berdasarkan syarat seperti di para 6.3 bagi jumlah pinjaman yang kurang daripada RM24,000.00
- Mengemukakan dua (2) orang penjamin berdasarkan syarat seperti di para 6.3 bagi jumlah pinjaman RM24,000.00. Sekiranya penjamin pertama terdiri daripada ibu/ bapa/ penjaga, penjamin kedua mestilah bukan terdiri daripada ibu/ bapa/ penjaga
- Bagi pemohon yang belum mencapai umur 15 tahun pada tarikh permohonan dibuat, pemohon mestilah mengemukakan seorang penjamin yang terdiri daripada ibu/ bapa/ penjaga yang sah
- Peringkat jumlah pinjaman ditentukan berdasarkan kelayakan di bawah :
Kategori |
Pendapatan Kasar Keluarga |
Jumlah Pinjaman / pembiayaan |
i |
Pendapatan Keluarga < RM8,000 |
Pinjaman Penuh |
ii |
Pendapatan Keluarga RM8,001- RM10,000 |
75% Yuran & Insuran sahaja |
iii |
Pendapatan Keluarga RM10,001- RM15,000 |
50% Yuran & Insuran sahaja |
- Tidak mempunyai sebarang tunggakan dalam pinjaman PTPK terdahulu kecuali mendapat kelulusan penangguhan bayaran balik
- Mengemukakan permohonan melalui Penyedia Latihan (PL) yang berdaftar dengan PTPK
- Program yang diikuti hendaklah ditauliahkan oleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan dibiayai oleh PTP
- Mengikuti Latihan sepenuh masa
- Peminjam perlu mengemukakan salinan akaun CIMB bank (Konvensional atau Islamik).
*Syarat-syarat adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa
Kadar Pinjaman
Kadar pinjaman diantara RM 2,500 hingga RM 24,000 bergantung kepada program dan tahap latihan yang merangkumi :-
- Yuran Pengajian
- Elaun Sara Hidup sebanyak RM 400 sebulan semasa tempoh latihan.
- Bayaran premium untuk perlindungan insurans
*Fi pentadbiran sebanyak 3% setahun dikenakan berasaskan baki berkurangan.
Bayaran Balik Pinjaman
- Bayaran balik pinjaman bermula selepas enam(6) bulan tamat latihan
- Tempoh bayaran balik pinjaman di antara satu(1) hingga sepuluh (10) tahun
- Ansuran bulanan di antara RM84.69 hingga Rm 193.12 tertakluk kepada jumlah pinjaman yang diluluskan
Rujukan : Garis Panduan Pengurusan Pinjaman Dan Pembiayaan Latihan Kemahiran No. Rujukan : PTPK/JAN 2019