Corporate Info

Corporate Info (5)

Rabu, 26 Ogos 2015 08:02

Lembaga Pengarah

Ditulis oleh
Bd41   Bd42   Bd31
         
YBHG.   YBHG.    
YB TUAN TS. ZAHIR BIN HASSAN   YB TUAN RAJIV A/L RISHYAKARAN   ENCIK MOHD FATHULLAH BIN MUSTAFA
Pengerusi   Timbalan Pengerusi   Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
         
Bd44   Bd33   Bd 46
         
         
PUAN HAJAH ZULEAH BINTI DARSONG   PUAN HAZLIZA BINTI HASSAN   PUAN INU BAIZURA BINTI MOHAMAD ZAIN
Wakil Jabatan Pembangunan Kemahiran   Wakil Kementerian Kewangan    Wakil Jabatan Perdana Menteri
         
Bd45   Bd 47   Bd39 1
         
YBHG.   YBHG.    
PROFESSOR DR. MOK SOON CHONG   TAN SRI DATO' PROFESSOR JOSEPH ADAIKALAM   ENCIK LAHIRUL BIN LATIGU
Wakil Penyedia Latihan   Wakil Penyedia Latihan   Wakil Yang Mempunyai Pengetahuan Khas / Pengalaman
         
Bd43    
         
CIK NORBARIZAH BINTI ABU KASSIM        
Setiausaha, dari Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran        
Selasa, 25 Ogos 2015 17:15

Perutusan Ketua Eksekutif

Ditulis oleh


YBrs. Profesor Adjung
MOHD FATHULLAH BIN MUSTAFA

Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
 

Assalammualaikum, Salam Sejahtera serta Salam Kemahiran


Selamat datang ke Laman Web Rasmi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM).

PTPK merupakan peneraju kepada pembiayaan kepada program Technical / Vocational Education and Training atau TVET di Malaysia. Sehingga hari ini terdapat lebih daripada 415,490 orang peminjam yang telah menerima manfaat daripada pembiayaan PTPK dengan jumlah tidak kurang daripada RM4.07 billion semenjak penubuhan Tabung Pembangunan Kemahiran pada tahun 2001.

Bagi memartabatkan TVET sebagai bidang pendidikan kemahiran yang berbentuk premier, PTPK telah diberikan amanah di dalam memastikan dana pembiayaan dalam bentuk pinjaman mahupun geran bagi pelbagai bidang kemahiran di institusi TVET awam mahupun swasta. Pelaksanaan program yang bersifat memenuhi kehendak pasaraan buruh negara dengan kerjasama strategik stakeholders kami. Semua program latihan kemahiran ini dilaksanakan dengan sistematik dan integriti yang tinggi.

Dalam merealisasikan aspirasi negara bagi melahirkan pekerja mahir di dalam pelbagai sektor ekonomi, kami di PTPK amat menggalakkan usaha dan jaringan kerjasama strategik dengan semua pihak di dalam memacu negara ke arah sebuah negara yang berpendapatan tinggi.

Selain daripada itu, bagi memastikan kelestarian dana pembiayaan pada masa akan datang, pihak PTPK turut mempergiatkan usaha di dalam mempertingkatkan prestasi bayaran balik. Ini boleh dilihat melalui kepelbagaian pilihan kaedah pembayaran bagi memudahkan pihak peminjam.

Selain daripada mengakses informasi mengenai PTPK, saya amat berharap para pengunjung laman web PTPK ini turut mengambil kesempatan untuk meninggalkan pandangan atau idea yang dapat membantu memperkemaskan tadbir urus serta mempertingkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan kami. Laman Web PTPK ini akan sentiasa dikemaskini dan ditambah baik untuk memastikan ia berterusan membekalkan informasi terkini.

Selamat melayari Laman Web Rasmi PTPK.

Jumaat, 14 Ogos 2015 15:29

Latar Belakang

Ditulis oleh
 
logo ptpk
PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PTPK)
ditubuhkan mulai 1 Jun 2006 di bawah Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 (Akta 640),
bertujuan untuk mengurus Tabung Pembangunan Kemahiran yang terdahulunya dikendalikan oleh
Bahagian Tabung Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.


MATLAMAT

Matlamat PTPK adalah untuk memberi pinjaman Latihan Kemahiran kepada lepasan sekolah / institusi kemahiran
di Institusi Latihan Kemahiran Awam dan Swasta yang berdaftar dengan PTPK.


VISI

Menjadi pembiaya utama latihan kemahiran negara.


MISI

Menyedia dan mengurus dana latihan kemahiran yang berterusan dengan efektif dan efisen.


OBJEKTIF

Menyediakan dana tahunan yang mencukupi bagi membiayai latihan kemahiran dan mengutip bayaran balik mengikut jadual.


NILAI TERAS

BERINTEGRITI | RESPONSIF | PERKONGSIAN PINTAR | PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN


RASIONAL LOGO

Logo PTPK
Logo PTPK melambangkan identiti sebuah organisasi korporat yang terlibat secara langsung dengan penyediaan pinjaman untuk latihan kemahiran.

Pintu Terbuka
Bentuk pintu terbuka menyatakan usaha positif PTPK ke arah menyediakan bakal pelatih kemahiran mendapat peluang bagi mendapatkan pekerjaan.

Merah
Warna Merah adalah warna semangat, berdinamik dan kesanggupan PTPK untuk mara ke hadapan.

Garis Melengkung
Bentuk garisan melengkung menggalakkan pergerakan, kemajuan dan kehidupan yang baik impak daripada dana pusingan yang disediakan.

Biru
Warna Biru melambangkan kestabilan dan kedamaian yang terbit daripada usaha gigih PTPK.

Bentuk 'P'
Bentuk 'P' yang tertera bermaksud 'Pembangunan', kata kunci kepada teras objektif penubuhan organisasi korporat iaitu Pembangunan Kemahiran.

Jumaat, 14 Ogos 2015 15:29

Piagam Pelanggan

Ditulis oleh

PIAGAM PELANGGAN

Kami diamanahkan untuk menguruskan pembiayaan/pinjaman latihan kemahiran kepada pelatih-pelatih kursus kemahiran, berjanji memastikan proses permohonan pinjaman dikendalikan dalam tempoh-tempoh berikut dengan syarat borang dan dokumen sokongan adalah lengkap:-

  • Meluluskan permohonan pinjaman di atas talian dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;
  • Menyemak perjanjian dan menyediakan laporan lengkap dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan perjanjian;
  • Menyediakan arahan bayaran dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh terima dokumen sokongan lengkap untuk melepaskan bayaran;
  • Membuat bayaran dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh terima arahan bayaran;
  • Mengeluarkan Notis Peringatan Bayaran Balik 3 bulan sebelum peminjam patut memulakan bayaran balik pinjaman; dan
  • Menghantar Kad Akuan Penerimaan aduan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaannya dan mengambil tindakan penyelesaian dalam tempoh 7 hari bekerja.
Khidmat yang cemerlang dan berhemah tinggi adalah
menjadi pegangan kami.