Super User

Super User

Nulla feugiat feugiat vel id interdum pellentesque vitae ipsum elit ipsum. Pellentesque malesuada orci mauris eros.
URL Laman Web:: http://www.joomlart.com
Khamis, 27 Julai 2023 11:15

Training Loan PLK-i

Website1920 PLK I 01

Website1920 PLK I 02

Website1920 PLK I 03

Website1920 PLK I 04

Website1920 PLK I 05
Jumaat, 19 Ogos 2022 18:11

Umum : Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i)

PLKi3

PLKi4

PLKi5

PLKi6

PLKi7

PLKi8

PLKi9

PLKi10
Isnin, 17 Ogos 2020 11:15

Pembiayaan

Isnin, 17 Ogos 2020 10:51

Program Pembiayaan Kompetitif (CF) Dan Geran Padanan

PROGRAM PEMBIAYAAN DANA WIBAWA

PENGENALAN & OBJEKTIF

Program Pembiayaan Kompetitif (Contestable Funding Programme) dilaksanakan bertujuan untuk mengalakkan ILKA dan PPKN bersaing dalam menawarkan program latihan kemahiran yang kompetitif pada kos yang berpatutan dengan jaminan pekerjaan kepada para pelatih.

Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menghasilkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, pelaksanaan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah berasaskan keperluan permintaan industri akan dapat membantu Malaysia menuju ke arah negara berpendapatan tinggi. Program Pembiayaan Kompetitif dan Geran Padanan merupakan salah satu program bagi menyokong agenda TVET sebagai pemacu perubahan

 

KUMPULAN SASARAN

Pelajar lepasan sekolah, sijil kemahiran, diploma dan ijazah yang belum mendapat pekerjaan.

 

SYARAT – SYARAT PEMOHON

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur di antara 18 hingga 35 tahun;
  3. Pelajar lepasan sekolah, Sijil Kemahiran Malaysia, diploma atau lepasan ijazah yang belum mendapat pekerjaan;
  4. Mempunyai tahap kesihatan yang membenarkan mereka mengikuti sehingga tamat kursus latihan yang disediakan;
  5. Keutamaan kepada pelatih/ peserta yang belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana institusi latihan;
  6. Pelatih/ peserta yang telah tamat Tahap 1 dan berpotensi untuk meneruskan pengajian ke Tahap 2 di tempat latihan yang sama atau lain-lain tempat latihan (pelatih perlu mengisi borang pengesahan sama ada pernah penerimaan pembiayaan atau tidak di bawah PTPK);
  7. Mengikuti latihan secara sepenuh masa;
  8. Pelatih tidak pernah menerima pembiayaan/bantuan kewangan dalam bentuk geran daripada PTPK atau daripada mana-mana institusi kewangan lain semasa mengikuti latihan.
  9. Pelatih bukanlah daripada pelajar lepasan sekolah atau pelajar universiti yang masih menuntut atau sedang mengikuti latihan industri semasa permohonan dibuat;
  10. Bagi kes-kes tertentu yang memerlukan pengecualian daripada syarat-syarat di atas hendaklah dirujuk dan mendapat kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

 

*SUMBER :

Garis Panduan Pelaksanaan Skim Pembiayaan Kompetitif Dan Geran Padanan Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKE-11)

Buku Panduan Program Pembiayaan Kompetitif (Contestable Funding Programme))Bil. 1/2017

Isnin, 17 Ogos 2020 10:49

Program Pembiayaan Dana WIBAWA

PROGRAM PEMBIAYAAN DANA WIBAWA

PENGENALAN & OBJEKTIF

Dana ini disediakan bagi membantu pelatih mengurangkan jurang kemahiran yang diperlukan oleh Industri;

Dana ini disediakan bagi membantu pelatih mengurangkan jurang kemahiran yang diperlukan oleh Industri;

Keutamaan peruntukan ini diberi kepada :

  1. Pelatih yang berdaftar di PLA;
  2. Mengikuti program latihan kemahiran yang diluluskan oleh Penyedia Latihan Awam (PLA) yang berdaftar dengan PTPK; dan
  3. Menjalankan program yang memenuhi kehendak industri dan menjanjikan pekerjaan dan gaji yang setimpal mengikut kelayakan kemahiran yang diikuti pelatih.

 

SYARAT – SYARAT PEMOHON DANA WIBAWA

  1.  Warganegara Malaysia;
  2.  Berumur 18 hingga 35 tahun pada tahun kelulusan pinjaman
  3. Sihat tubuh badan atau berkategori Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKKM) yang bersesuaian dengan latihan kemahiran yang diikuti.
  4. Tidak mendapat mana-mana pembiayaan atau tajaan bagi kursus kemahiran yang diluluskan oleh agensi Kerajaan atau institusi kewangan yang lain dalam tempoh latihan yang diikuti.
  5. Bukan terdiri daripada pelajar sekolah atau penuntut yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana institusi pengajian.
  6. Pelatih yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman latihan kemahiran yang terdahulu dengan PTPK perlu menjelaskan tunggakan tersebut sebelum permohonan pembiayaan diproses.

 

*Syarat-syarat adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

 

TATACARA PERMOHONAN PEMBIAYAAN

a) Permohonan Pembiayaan hendaklah dibuat oleh Penyedia Latihan (PLA) secara atas talian di laman web PTPK (http://www.ptpk.gov.my) melalui portal Penyedia Latihan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh pelatih memulakan latihan dan tarikh latihan yang didaftarkan di JPK.

b) Setelah permohonan secara atas talian diluluskan oleh PTPK, Penyedia Latihan perlu memuat turun dan mencetak borang permohonan pelatih daripada portal penyedia latihan.

c) Borang permohonan yang telah diisi dan dilengkapkan perlu ditandatangani oleh pelatih dan Pengurus Penyedia Latihan.

d) Setelah permohonan diluluskan oleh PTPK, PLA perlu mengisi borang permohonan pelatih dan mengemukakan dokumen sokongan berikut kepada PTPK;

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Sijil Kelahiran
  3. Salinan surat tawaran mengikuti latihan daripada PLA
  4. Salinan sijil tamat sekolah/ salinan sijil akademik tertinggi
  5. Salinan pendaftaran Calon SKM (JPK/T/1002) dan resit pembayaran
  6. Surat Setuju Terima daripada PTPK
  7. Salinan akaun Simpanan Bank
  8. Borang nama dan alamat pelatih dan penjamin

e) Pelatih perlu mengemukakan seorang penjamin semasa permohonan pembiayaan masih berjalan.

*Sumber : Garis Panduan Pelaksanaan Program Pembiayaan Dana Wibawa