Super User

Super User

Nulla feugiat feugiat vel id interdum pellentesque vitae ipsum elit ipsum. Pellentesque malesuada orci mauris eros.
URL Laman Web:: http://www.joomlart.com
Selasa, 25 Ogos 2015 17:15

Perutusan Ketua Eksekutif

KE Fathul

YBrs. Profesor Adjung
MOHD FATHULLAH BIN MUSTAFA

Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
 

Assalammualaikum, Salam Sejahtera serta Salam Kemahiran


Selamat datang ke Laman Web Rasmi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM).

PTPK merupakan peneraju kepada pembiayaan kepada program Technical / Vocational Education and Training atau TVET di Malaysia. Sehingga hari ini terdapat lebih daripada 415,490 orang peminjam yang telah menerima manfaat daripada pembiayaan PTPK dengan jumlah tidak kurang daripada RM4.07 billion semenjak penubuhan Tabung Pembangunan Kemahiran pada tahun 2001.

Bagi memartabatkan TVET sebagai bidang pendidikan kemahiran yang berbentuk premier, PTPK telah diberikan amanah di dalam memastikan dana pembiayaan dalam bentuk pinjaman mahupun geran bagi pelbagai bidang kemahiran di institusi TVET awam mahupun swasta. Pelaksanaan program yang bersifat memenuhi kehendak pasaraan buruh negara dengan kerjasama strategik stakeholders kami. Semua program latihan kemahiran ini dilaksanakan dengan sistematik dan integriti yang tinggi.

Dalam merealisasikan aspirasi negara bagi melahirkan pekerja mahir di dalam pelbagai sektor ekonomi, kami di PTPK amat menggalakkan usaha dan jaringan kerjasama strategik dengan semua pihak di dalam memacu negara ke arah sebuah negara yang berpendapatan tinggi.

Selain daripada itu, bagi memastikan kelestarian dana pembiayaan pada masa akan datang, pihak PTPK turut mempergiatkan usaha di dalam mempertingkatkan prestasi bayaran balik. Ini boleh dilihat melalui kepelbagaian pilihan kaedah pembayaran bagi memudahkan pihak peminjam.

Selain daripada mengakses informasi mengenai PTPK, saya amat berharap para pengunjung laman web PTPK ini turut mengambil kesempatan untuk meninggalkan pandangan atau idea yang dapat membantu memperkemaskan tadbir urus serta mempertingkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan kami. Laman Web PTPK ini akan sentiasa dikemaskini dan ditambah baik untuk memastikan ia berterusan membekalkan informasi terkini.

Selamat melayari Laman Web Rasmi PTPK.

Isnin, 24 Ogos 2015 09:17

Bantuan

  • KEBOLEHCAPAIAN

    Menjadikan Portal Rasmi PTPK boleh dicapai oleh semua golongan pengguna. Memberi panduan bagaimana menyesuaikan laman ini mengikut keperluan anda. Jika anda memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila lihat Soalan Lazim or e-Aduan


  • KOD QR

    Kini anda boleh melayari Portal Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) menerusi telefon pintar dengan melalui Kod QR PTPK.

    Cara penggunaan Kod QR melalui telefon pintar atau Tablet:

    1. Memuat turun dan lakukan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan telefon pintar atau Tablet anda.
    2. Pilih dan aktifkan aplikasi QR Reader dan kemudian imbas Kod QR di bawah dengan menggunakan kamera dari telefon pintar / Tablet.
    3. Anda akan terus dibawa ke Portal PTPK versi mudahalih.

    Qrcode


  • KEMUDAHAN PENTERJEMAHAN WEB

    Sebagai usaha PTPK menyediakan kemudahan navigasi yang baik dan mesra pengguna, laman web ini turut mengambilkira mereka yang lebih selesa untuk melayari laman web ini dengan bahasa-bahasa lain selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Oleh itu, laman web ini menyediakan pautan kepada enjin penterjemahan web yang menterjemahkan secara automatik kepada bahasa-bahasa pilihan seperti yang tersenarai di bawah sahaja.

    Penafian: Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan nanti selepas alih bahasa telah dibuat pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer. Kebarangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa tersebut. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal yakni dalam bahasa Inggeris dan Melayu.

Jumaat, 14 Ogos 2015 15:29

Latar Belakang

 
logo ptpk
PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PTPK)
ditubuhkan mulai 1 Jun 2006 di bawah Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 (Akta 640),
bertujuan untuk mengurus Tabung Pembangunan Kemahiran yang terdahulunya dikendalikan oleh
Bahagian Tabung Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia.


MATLAMAT

Matlamat PTPK adalah untuk memberi pinjaman Latihan Kemahiran kepada lepasan sekolah / institusi kemahiran
di Institusi Latihan Kemahiran Awam dan Swasta yang berdaftar dengan PTPK.


VISI

Menjadi pembiaya utama latihan kemahiran negara.


MISI

Menyedia dan mengurus dana latihan kemahiran yang berterusan dengan efektif dan efisen.


OBJEKTIF

Menyediakan dana tahunan yang mencukupi bagi membiayai latihan kemahiran dan mengutip bayaran balik mengikut jadual.


NILAI TERAS

BERINTEGRITI | RESPONSIF | PERKONGSIAN PINTAR | PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN


RASIONAL LOGO

Logo PTPK
Logo PTPK melambangkan identiti sebuah organisasi korporat yang terlibat secara langsung dengan penyediaan pinjaman untuk latihan kemahiran.

Pintu Terbuka
Bentuk pintu terbuka menyatakan usaha positif PTPK ke arah menyediakan bakal pelatih kemahiran mendapat peluang bagi mendapatkan pekerjaan.

Merah
Warna Merah adalah warna semangat, berdinamik dan kesanggupan PTPK untuk mara ke hadapan.

Garis Melengkung
Bentuk garisan melengkung menggalakkan pergerakan, kemajuan dan kehidupan yang baik impak daripada dana pusingan yang disediakan.

Biru
Warna Biru melambangkan kestabilan dan kedamaian yang terbit daripada usaha gigih PTPK.

Bentuk 'P'
Bentuk 'P' yang tertera bermaksud 'Pembangunan', kata kunci kepada teras objektif penubuhan organisasi korporat iaitu Pembangunan Kemahiran.

Jumaat, 14 Ogos 2015 15:29

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN

Kami diamanahkan untuk menguruskan pembiayaan/pinjaman latihan kemahiran kepada pelatih-pelatih kursus kemahiran, berjanji memastikan proses permohonan pinjaman dikendalikan dalam tempoh-tempoh berikut dengan syarat borang dan dokumen sokongan adalah lengkap:-

  • Meluluskan permohonan pinjaman di atas talian dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;
  • Menyemak perjanjian dan menyediakan laporan lengkap dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan perjanjian;
  • Menyediakan arahan bayaran dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh terima dokumen sokongan lengkap untuk melepaskan bayaran;
  • Membuat bayaran dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh terima arahan bayaran;
  • Mengeluarkan Notis Peringatan Bayaran Balik 3 bulan sebelum peminjam patut memulakan bayaran balik pinjaman; dan
  • Menghantar Kad Akuan Penerimaan aduan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaannya dan mengambil tindakan penyelesaian dalam tempoh 7 hari bekerja.
Khidmat yang cemerlang dan berhemah tinggi adalah
menjadi pegangan kami.
Khamis, 13 Ogos 2015 11:40

PEJABAT KUTIPAN BAYARAN BALIK (NEGERI)

PKBB ALOR SETAR, KEDAH
UTC Kedah
 
Alamat Pejabat Kutipan Bayaran Balik Alor Setar Kedah
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
No. 3-5, Tingkat 3, Bangunan UTC Kedah,
Kompleks MBAS, Jalan Kolam Air
05675 Alor Setar, Kedah Darul Aman
   
No Telefon : 013-287 6107
No WA : 013-287 6107
   
Waktu Operasi : Ahad – Rabu: 8.00 Pagi – 5.00 Ptg
  Khamis: 8.00 Pagi – 3.30 Ptg
  Waktu Rehat: 1.00 Tgh – 2.00 Ptg
  Jumaat - Sabtu/Cuti Umum: TUTUP
   
Pegawai Bertugas : 1. Puan Norsuhana Binti Ahmad Fuad (Ketua Pejabat)
  2. Encik Ahmad Shaziq bin Che Dan
 
PKBB IPOH, PERAK
UTC Perak
 
Alamat Pejabat Kutipan Bayaran Balik Ipoh, Perak
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
LA 22 (UTC 50), Aras 3 Bangunan UTC Perak,
Jalan Dato' Onn Jaafar,
30300 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
   
No Telefon : 013-306 5107
No WA : 013-306 5107
   
Waktu Operasi : Isnin – Jumaat: 8.00 Pagi – 5.00 Ptg
  Waktu Rehat: 1.00 Tgh – 2.00 Ptg
  Waktu Rehat Jumaat: 12.15 Tgh – 2.45 Ptg
  Sabtu - Ahad/Cuti Umum: TUTUP
   
Pegawai Bertugas : 1. Puan Fatihanum Binti Md Salih (Ketua Pejabat)
  2. Cik Yusnita Binti Abu Bakar
 
PKBB BANDAR MELAKA, MELAKA
UTC Melaka
 
Alamat Pejabat Kutipan Bayaran Balik Bandar Melaka, Melaka
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Suite 1-06, Aras 1 Bangunan UTC Melaka,,
Jalan Hang Tuah,
75300 Melaka
   
No Telefon : 06-281 9964 / 013-286 9107
No WA : 013-286 9107
   
Waktu Operasi : Isnin – Jumaat: 8.00 Pagi – 5.00 Ptg
  Waktu Rehat: 1.00 Tgh – 2.00 Ptg
  Waktu Rehat Jumaat: 12.15 Tgh – 2.45 Ptg
  Sabtu - Ahad/Cuti Umum: TUTUP
   
Pegawai Bertugas : 1. Puan Balqis Binti Abbas (Ketua Pejabat)
  2. Encik Mohd Akmal Bin Md Muslim
 
PKBB JOHOR BAHRU, JOHOR
UTC Johor
 
Alamat Pejabat Kutipan Bayaran Balik Johor Bahru, Johor
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK),
UTC Johor,
L3-UTC-05, Galleria @ Kotaraya,Jalan Trus,
80000 Johor Bahru, Johor Darul Takzim
   
No Telefon : 07-228 3022
No WA : 013-264 9107
   
Waktu Operasi : Isnin – Ahad: 8.00 Pagi – 5.00 Ptg
  Waktu Rehat: 1.00 Tgh – 2.00 Ptg
  Waktu Rehat Jumaat: 12.15 Tgh – 2.45 Ptg
  Cuti Umum: TUTUP
   
Pegawai Bertugas : 1. Encik Mohd Taufiq Bin Saruan (Ketua Pejabat)
  2. Puan Safinah Binti Mohd Saleh
 
PKBB KUANTAN, PAHANG
UTC Pahang
 
Alamat Pejabat Kutipan Bayaran Balik Kuantan, Pahang
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK),
No 1-5 Aras 1, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang,
Jalan Pasar Baru 3,
25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur
   
No Telefon : 09-5130375 / 013-274 6107
No WA : 013-274 6107
   
Waktu Operasi : Isnin – Jumaat: 8.00 Pagi – 5.00 Ptg
  Waktu Rehat: 1.00 Tgh – 2.00 Ptg
  Waktu Rehat Jumaat: 12.15 Tgh – 2.45 Ptg
  Sabtu - Ahad/Cuti Umum: TUTUP
   
Pegawai Bertugas : 1. Encik Amir Bin Abdul Hamid (Ketua Pejabat)
  2. Encik Muhammad Firdaus Bin Ismail
 
PKBB KOTA BHARU, KELANTAN
PKBB Kelantan
 
Alamat Pejabat Kutipan Bayaran Balik (PKBB) Kota Bharu, Kelantan
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Tingkat 3, Lot AG-03-13, Alwaqf Garden Boulevard @ Tunjong, Jalan Kuala Krai,
16010 Kota Bahru, Kelantan Darul Naim
   
No Telefon : 09-742 2576 / 012-344 9107
No WA : 012-344 9107
   
Waktu Operasi : Ahad – Rabu: 8.00 Pagi – 5.00 Ptg
  Khamis: 8.00 Pagi – 3.30 Ptg
  Waktu Rehat: 1.00 Tgh – 2.00 Ptg
  Jumaat - Sabtu/Cuti Umum: TUTUP
   
Pegawai Bertugas : 1. Encik Khairul Izwan bin Ghazali (Ketua Pejabat)
  2. Puan Abika binti Bahudin
 
PKBB KOTA KINABALU, SABAH
UTC Sabah
 
Alamat Pejabat Kutipan Bayaran Balik Kota Kinabalu, Sabah
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Tingkat 8, M8-1, Menara UTC Sabah,
Jalan Belia, Off Jalan Tunku Abdul Rahman,
88000 Kota Kinabalu, Sabah
   
No Telefon : 088-278 525 / 013-2899107
No WA : 013-289 9107
   
Waktu Operasi : Isnin – Jumaat: 8.00 Pagi – 5.00 Ptg
  Waktu Rehat: 1.00 Tgh – 2.00 Ptg
  Waktu Rehat Jumaat: 11.30 Pagi – 2.00 Ptg
  Sabtu - Ahad/Cuti Umum: TUTUP
   
Pegawai Bertugas : 1. Encik Mohd Azlimi Bin Moh Sahaimi (Ketua Pejabat)
  2. Puan Camellia Lajukim
 
PKBB KUCHING, SARAWAK
UTC Sarawak
 
Alamat Pejabat Kutipan Bayaran Balik Kuching Sarawak
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Lot 30 Aras 1, Tingkat 4, UTC Sarawak,
Taman Kereta, Jalan Bukit Mata,
93100 Kuching, Sarawak
   
No Telefon: 082-521 994 / 013-209 9107
No WA : 013-209 9107
   
Waktu Operasi : Isnin – Jumaat: 8.00 Pagi – 5.00 Ptg
  Waktu Rehat: 1.00 Tgh – 2.00 Ptg
  Waktu Rehat Jumaat: 11.45 Pagi – 2.15 Ptg
  Sabtu - Ahad/Cuti Umum: TUTUP
   
Pegawai Bertugas : 1. Encik Jamaluddin Bin Jalan (Ketua Pejabat)
  2. Puan Hazeiah Binti Shahdon
 
PKBB SIBU, SARAWAK
PKBB Sibu
 
Alamat Pejabat Kutipan Bayaran Balik (PKBB) Sibu, Sarawak
Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
No. 4C Level 5 (Upper), Bangunan UTC Sibu,
Sibu Central Market Multi-Storey Car Park Jalan Channel,
96000 Sibu, Sarawak
   
No Telefon: 084-214 586 / 012-342 9107
No WA : 012-342 9107
   
Waktu Operasi : Isnin – Jumaat: 8.00 Pagi – 5.00 Ptg
  Waktu Rehat: 1.00 Tgh – 2.00 Ptg
  Waktu Rehat Jumaat: 11.45 Pagi – 2.15 Ptg
  Sabtu - Ahad/Cuti Umum: TUTUP
   
Pegawai Bertugas : 1. Encik Muhammad Shazrul Hafizi Bin Abdul Kadir
  2. Encik Zul Bin Abd Rahil